google-antitrust

Google Labur AS$26 bilion Untuk Jadi Enjin Carian Tetap Pada 2021 – Bloomberg

Google Alphabet membayar AS$26.3 bilion kepada syarikat-syarikat lain pada 2021 untuk memastikan enjin cariannya menjadi tetapan lalai (default) pada pelayar lama sesawang dan telefon mudah alih, kata seorang eksekutif kanan syarikat ketika memberi keterangan semasa perbicaraan antitrust Jabatan Kehakiman AS.

Jumlah pembayaran yang dibuat Google untuk mendapatkan status ‘default’ itu telah meningkat lebih daripada tiga kali ganda sejak 2014, menurut Prabhakar Raghavan, eksekutif yang bertanggungjawab untuk kedua-dua carian dan pengiklanan.

Hasil pendapatan Google daripada pengiklanan carian mencecah AS$146.4 bilion pada 2021, manakala pembayaran untuk tetapan lalai adalah kos terbesarnya, lapor Bloomberg memetik kenyataan Raghavan.

Syarikat itu berhujah bahawa perjanjian pembahagian hasil adalah sah dan ia telah melabur untuk memastikan perniagaan carian dan pengiklanannya berdaya saing.

Gergasi enjin carian itu juga berkata bahawa jika orang tidak berminat dengan tetapan lalai itu, mereka boleh beralih kepada penyedia carian lain.

Google telah membantah untuk mendedahkan nombor tersebut, mengatakan ia akan menjejaskan keupayaan syarikat untuk merundingkan kontrak pada masa hadapan.

Hakim Amit Mehta, yang menyelia kes itu, memutuskan bahawa jumlah itu harus didedahkan, tambah Bloomberg.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *