google-1

Google Sahkan Pemberhentian Sekitar Seribu Pekerja

Google mengesahkan pembuangan ratusan pekerjaan di seluruh syarikat dalam usaha untuk mencapai kecekapan dan memberi tumpuan kepada keutamaan produk terbesar mereka.

Pemberhentian itu akan memberi kesan kepada pekerja dalam pasukan perkakasan dan pusat kejuruteraan Google, serta pekerja di seluruh Google Assistant, produk perisian yang diaktifkan suaranya.

Pengumuman terbaru ini menunjukkan bahawa penstrukturan semula pasca pandemik Google bukan sahaja melanda pasukan hardware Google yang bertanggungjawab ke atas produk Pixel, Fitbit, tetapi juga melibatkan bahagian kejuruteraan teras mereka dan menjadikan jumlah pembuangan mencapai seribu orang.

Courtenay Mencini, jurucakap Google dalam satu wawancara mengesahkan angka pembuangan tersebut namun tidak menjelaskan sama ada proses pemberhentian telah lengkap atau sebaliknya.

Beliau menjelaskan bahawa “sebilangan pasukan kami membuat perubahan untuk menjadi lebih cekap dan bekerja dengan lebih baik” dan bahawa “sesetengah pasukan terus membuat perubahan organisasi seperti ini, yang termasuk beberapa penyingkiran peranan secara global.”

Firma induk Google Alphabet menggaji 182,381 pekerja pada 30 September 2023, jadi pembuangan sekitar seribu pekerja hanya akan melibatkan setengah peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *