hyundai-factory-site

Hyundai Motor Group, LG Energy Bentuk Kerjasama Bina Kilang EV AS$4.3 bilion Di AS

Hyundai Motor Group Korea Selatan dan LG Energy Solution akan membina kilang bateri kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat dengan gabungan pelaburan sebanyak AS$4.3 bilion, kata syarikat itu pada Jumaat.

Kilang Hyundai-LGES di Georgia akan mula dibina pada separuh kedua 2023 dengan rancanga pengeluaran bateri akan dimulakan seawal penghujung 2025.

Kemudahan itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 gigawatt-jam (GWj), cukup untuk menyokong pengeluaran 300,000 EV setiap tahun, kata Hyundai dan LG dalam kenyataan mereka.

Hyundai Motor Group, pemilik Hyundai dan Kia, serta LGES masing-masing akan memegang 50 peratus kepentingan dalam usaha sama itu.

Langkah itu mengikuti keperluan sumber AS baharu untuk komponen bateri EV dan mineral kritikal agar pembeli kereta layak mendapat kredit sehingga AS$7,500 di bawah Akta Pengurangan Inflasi (IRA) pentadbiran Biden.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *