china-eskport-shipping

IMF: China Dijangka Menyumbang Satu Pertiga Daripada KDNK Global Pada 2023

China diunjurkan memberi rangsangan yang ketara kepada ekonomi dunia, menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023, kata pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva hari ini.

“Kebangkitan semula yang kukuh bermakna China akan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023, memberikan peningkatan yang dialu-alukan kepada ekonomi dunia,” kata Georgieva pada Forum Pembangunan China 2023 di Beijing.

Analisis IMF telah menunjukkan bahawa peningkatan satu peratus dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China membawa kepada 0.3 peratus pertumbuhan KDNK bagi ekonomi Asia lain secara purata, kata Georgieva.

IMF turut menggelarkan kebangkitan semula ekonomi China itu sebagai “rangsangan yang dialu-alukan”.

Menurut rancangan pembangunan sosial dan ekonomi China, ekonomi negara dijangka mencapai 5 peratus pada tahun ini.

Sementara itu, sesetengah pakar mempunyai pandangan yang lebih optimistik terhadap pertumbuhan ekonomi China.

Chen Fengying, bekas pengarah Institut Kajian Ekonomi Dunia di Institut Perhubungan Antarabangsa Kontemporari China, menyebutkan KDNK China mungkin berkembang sebanyak 6 peratus pada 2023.

Bagaimanapun, Beijing memilih untuk tidak meletakkan matlamat bercita-cita tinggi ini dalam pelan tindakannya, memandangkan kadar pertumbuhan tahun lepas adalah di bawah ramalan rasmi sebanyak 5.5 peratus, jelas Fengying.

Kadar pertumbuhan KDNK China berjumlah 3 peratus pada 2022 tahun ke tahun akibat daripada landskap global yang tidak menentu dan wabak Covid-19.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *