dollar-note-1

Jangkaan Dasar Fed Yang Lebih Ketat Merosot, Dolar AS Menuju Kejatuhan Bulanan Pertama

Dolar AS mengekalkan momentum kejatuhan minggu lalu, menunju penuruan bulanan pertama dalam tempoh lima bulan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama yang lain didagang sekitar 101.44 mata, susut 0.22% pada sesi dagangan Eropah, jatuh hampir 1.5% sepanjang bulan ini.

Penurunan itu didorong oleh pendirian para pelabur yang mula mengurangkan pertaruhan terhadap peningkatan berterusan kadar faedah AS.

Hal ini kerana jangkaan ‘rate hike’ yang lebih agresif dibimbangi akan terus meningkatkan tekanan inflasi sementara potensi kemelesetan dunia mula berkurangan.

“Dolar berpotensi jatuh lebih jauh minggu ini. Jika bukan kerana sekatan pergerakan di China, prospek global akan menjadi lebih cerah, dan dolar lebih rendah,” kata Joe Capurso, ketua ekonomi antarabangsa di Commonwealth Bank of Australia di Sydney.

Selain itu, Fed juga telah berhenti daripada menyatakan kecenderungan mereka terhadap dasar yang lebih ketat, kata ketua strategi global di NatWest Markets, John Briggs.

Jumlah transaksi dagangan pada hari ini bagaimanapun dijangka terhad dengan penutupan pasaran saham dan bon AS sempena cuti Hari Peringatan Amerika Syarikat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *