Jepun Sediakan Subsidi Sehingga AS$1.8 bilion Untuk Projek Berkaitan Cip, Bateri Simpanan

Jepun Sediakan Subsidi Sehingga AS$1.8 bilion Untuk Projek Berkaitan Cip, Bateri Simpanan

Jepun akan menyediakan sehingga AS$1.8 bilion subsidi untuk beberapa projek berkaitan bateri penyimpanan tenaga dan cip, kata Menteri Perindustrian Y

Jepun akan menyediakan sehingga AS$1.8 bilion subsidi untuk beberapa projek berkaitan bateri penyimpanan tenaga dan cip, kata Menteri Perindustrian Yasutoshi Nishimura pada hari ini.

Kenyataan Nishimura itu merupakan dorongan terbaru kerajaan Jepun ke arah keselamatan rantaian bekalan yang lebih besar.

Rancangan pemberian sehingga 184.6 bilion yen (AS$1.38 bilion) dalam bentuk subsidi itu adalah untuk lapan cadangan projek berkaitan bateri simpanan tenaga.

Manakala sehingga 56.4 bilion yen diperuntukkan untuk dua projek berkaitan semikonduktor.

Antara cadangan yang akan disubsidi adalah rancangan oleh pembuat kereta Honda Motor dan pembuat bateri GS Yuasa Corp untuk melabur kira-kira 430 bilion yen bagi meningkatkan pengeluaran bateri simpanan dengan subsidi sehingga 158.7 bilion yen.

“Kami mempunyai jangkaan besar bahawa ini akan membawa kepada bekalan bateri simpanan yang stabil dan promosi GX (transformasi hijau),” kata Nishimura.

Dalam satu kenyataan, Honda, GS Yuasa dan syarikat usaha sama bateri mereka Blue Energy, berkata mereka merancang untuk memulakan pengeluaran pada April 2027 dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada Oktober 2027.

Projek tersebut akan dimulakan dengan pembinaan kilang baharu yang menyasarkan kapasiti pengeluaran sekurang-kurangnya 20 gigawatt jam.

“Kami ingin bertindak balas terhadap pelbagai permintaan bateri di Jepun, yang dijangka berkembang pada masa hadapan, terutamanya untuk BEV (kenderaan elektrik bateri),” kata Ketua Eksekutif Honda Toshihiro Mibe dalam kenyataan itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: