Lelaki Taiwan maut digilis tren di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong

Aina Julia
1 Min Read

Seorang lelaki warga Taiwan maut hari ini selepas dipercayai terjatuh ke atas landasan dan digilis tren di stesen LRT Pusat Bandar Puchong. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an telah terjatuh ke atas landasan, dan usaha untuk mengeluarkan mayat sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Farid Ahmad, berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan bas telah diaktifkan sebagai alternatif bagi penumpang yang terjejas.

Tragedi yang hampir sama berlaku pada Febuari lepas.

Untuk rekod, pada Februari lalu, seorang warga emas cacat penglihatan maut selepas terjatuh ke atas landasan dan digilis tren di stesen LRT Titiwangsa.

Susulan insiden itu, Prasarana Malaysia Bhd mengumumkan rancangan untuk memasang sensor keselamatan di platform LRT bagi meningkatkan keselamatan penumpang, khususnya golongan orang kurang upaya (OKU).

Prasarana juga memaklumkan akan mula memasang pintu penghadang automatik di platform stesen LRT, sepertimana yang digunakan di stesen MRT.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *