bank-of-thailand-BOT

Kecairan Berlebihan, Bank-bank Thailand Masih Enggan Beri Pinjaman

Sistem perbankan Thailand kini mengalami kecairan berlebihan, dengan bank komersial mempunyai deposit dan pelaburan yang besar di Bank of Thailand (BoT), mencapai antara 4 hingga 5 trilion baht.

Walaupun terdapat lebihan dana, bank-bank masih enggan meningkatkan pemberian pinjaman kerana kebimbangan terhadap kemampuan peminjam untuk membayar balik hutang.

Timbalan Gabaenor BoT, Sakkapop Panyanukul, menjelaskan bahawa bank tidak dikenakan kawalan pinjaman yang lebih ketat, sebaliknya bank bebas membuat keputusan berdasarkan keupayaan kewangan peminjam.

Keengganan bank untuk memberi pinjaman sebahagian besarnya disebabkan oleh tahap hutang isi rumah yang tinggi, yang menghalang pertumbuhan ekonomi Thailand. Kerajaan telah menggesa pihak bank untuk memperluas akses kredit bagi merangsang pemulihan ekonomi pasca-pandemik.

Namun, ini memberi kesan kepada sektor-sektor seperti industri automotif, di mana permintaan yang lemah ditambah dengan amalan pemberian pinjaman yang ketat, telah menyebabkan penurunan dalam pengeluaran dan jualan kereta.

Keadaan ini menimbulkan cabaran bagi pemulihan ekonomi Thailand, kerana walaupun terdapat kecairan berlebihan, bank-bank tetap berhati-hati dalam melonggarkan pinjaman disebabkan oleh risiko hutang isi rumah yang tinggi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *