FILE PHOTO: Representations of cryptocurrencies Bitcoin, Ethereum, DogeCoin, Ripple, Litecoin are placed on PC motherboard in this illustration taken, June 29, 2021. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

Konflik Di Ukraine Menggegarkan Pasaran, Pasaran Kripto Terus Merosot

Bitcoin merosot ke paras terendah enam bulan berikutan kebimbangan terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine menyaksikan para pelabur melanjutkan penjualan aset berisiko mereka di seluruh dunia.

Mata wang kripto terbesar itu kini didagang sekitar AS$36,000, kehilangan lebih 50% daripada paras tertinggi AS$69,000 yang berjaya dicapai pada November lalu.

Jabatan Negara AS semalam telah mengarahkan ahli-ahli keluarga diplomat untuk meninggalkan Ukraine, menjadi petanda yang jelas bahawa pegawai Amerika sedang bersiap sedia dengan sebarang tindakan agresif Rusia di rantau itu.

Kebimbangan terhadap konflik itu telah menekan pasaran saham di seluruh dunia sambil mengukuhkan kedudukan dolar AS dan pasaran minyak.

Selain itu, keputusan dasar Fed yang akan diumumkan awal pagi Khamis turut menambah kebimbangan dengan jangkaan Fed akan mengesahkan bahawa rangsangan yang telah membantu menjana pertumbuhan saham akan dikurangkan.

Mata wang kripto yang lebih kecil, yang cenderung bergerak seiring dengan bitcoin, turut merasakan kesannya.

Ether, syiling digital kedua terbesar jatuh 13 peratus ke paras terendah sejak 27 Julai. Binance Coin, token keempat terbesar yang dikeluarkan oleh bursa crypto eponim pula susut 12 peratus.

“Bitcoin akan menghadapi masalah yang sukar untuk kembali sehingga keadaan makroekonomi berubah,” kata Mark Elenowitz, presiden Horizon, sebuah firma yang menyediakan perkhidmatan pertukaran sekuriti.

“Secara umumnya, apabila kadar faedah dinaikkan, kita akan melihat lebih banyak penjualan aset yang berisiko seperti bitcoin,” tegasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *