spring-meeting-imf-fc

Krisis Hutang Negara Membangun Jadi Agenda Utama Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF

Bilangan rekod negara membangun yang punyai risiko krisis hutang akan menjadi agenda terbesar dalam pertemuan bank pusat, menteri kewangan dan pemimpin politik pada mesyuarat musim bunga Kumpulan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Antara negara yang menghadapi masalah hutang atau telah gagal membayar pinjaman antarabangsa adalah Mesir, El Salvador, Ghana, Lubnan, Malawi, Pakistan, Tunisia, Sri Lanka, Ukraine dan Zambia.

Mesir, ekonomi negara yang bergantung kepada pelancongan telah berdepan tekanan akibat wabak dan peningkatan harga makanan dan tenaga, menjadikan mereka kekurangan wang dan sukar membayar hutang yang semakin meningkat.

El Salvador negara yang menjadikan bitcoin sebagai wang yang sah diperlakukan mempunyai kira-kira $6.4 bilion dalam Eurobond yang tertunggak.

Ghana pula berada dalam krisis ekonomi terburuk satu generasi, membelanjakan lebih 40 peratus daripada hasil kerajaan untuk pembayaran hutang tahun lepas.

Di Lubnan, sistem kewangannya mula terungkai pada 2019 selepas menghadapi salah urus dan rasuah sejak berpuluh tahun yang lalu, dan pada awal tahun 2020 negara mula mengalami kegagalan membayar hutang.

Malawi pula dilaporkan sedang bergelut dengan kekurangan pertukaran asing dan defisit bajet kira-kira 1.32 trilion kwacha (AS$1.30 bilion), atau 8.7 peratus daripada KDNK.

Di Pakistan, kegawatan politik dan ekonomi selama beberapa bulan, diburukkan lagi dengan banjir yang melumpuhkan pada tahun lalu serta inflasi telah meletakkan negara dalam zon yang bahaya.

Walapun China bersetuju membiayai semula Paksitan dengan mengkreditkan $1.8 bilion kepada bank pusatnya, namun perbincangan bersama IMF tentang pinjaman $1.1 bilion masih tertangguh sementara rizab pertukaran asing telah jatuh kurang daripada empat minggu import.

Di Tunisia, pinjaman IMF bernilai $1.9 bilion telah tergendala selama beberapa bulan kerana presidennya hanya menunjukkan sedikit tanda-tanda tindakan terhadap pembaharuan utama.

Sri Lanka pula gagal membayar hutang antarabangsanya tahun lalu selepas salah urus ekonomi, diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19, mencetuskan krisis politik dan meninggalkannya tanpa dolar untuk import penting sekalipun.

Ukraine pula menggantung semua pembayaran hutang tahun lalu berikutan pencerobohan Rusia, dan memerlukan penyusunan semula pinjamannya apabila keadaan kembali stabil.

Zambia, negara Afrika pertama yang gagal membayar hutang semasa era COVID-19 pada 2020, dilihat sebagai ujian litmus untuk inisiatif Rangka Kerja Bersama G20 yang ditubuhkan semasa wabak untuk menyelaraskan penstrukturan semula hutang.

Tetapi perbincangan telah menjadi semakin perlahan, dan hutang luar negeri membengkak sehingga AS$18.6 bilion.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *