
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pada Jumaat mengumumkan wujudnya perjanjian bersejarah antara syarikat penerbangan Airbus dan Malaysia, semasa beliau menjadi hos kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Paris.
Macron menyatakan bahawa perjanjian seperti ini menyerlahkan kepentingan hubungan perdagangan antara Perancis dan Asia, pada ketika Eropah berdepan kemungkinan tarif perdagangan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Saya merujuk kepada beberapa projek yang telah dimeterai, termasuk dalam sektor mineral utama, nadir bumi bersama syarikat Carester yang baru sahaja membuka kilang di wilayah Lacq; sektor pengangkutan menerusi kerjasama bersejarah antara Malaysia Airlines dan Airbus; serta dalam sektor peralihan tenaga,” kata Macron.
“Airbus menjadi tumpuan kami. Malaysia Airlines sebanyak 20 pesawat, manakala AirAsia pula 50 pesawat lagi,” tambah Anwar.