ecb-6

Lagarde Sahkan ECB Akan Naikkan Semula Kadar Faedah Pada Mac

Ketua Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde mengulangi semalam bahawa institusi itu merancang untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.5 peratus walaupun prospek ekonomi zon euro bertambah baik.

Data yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan blok mata wang 20 negara itu berjaya mengelak kemelesetan pada akhir tahun lepas dengan mencatatkan pertumbuhan lemah tetapi positif sebanyak 0.1 peratus.

Inflasi juga dilaporkan telah berkurangan walaupun masih kekal pada paras tinggi 8.5 peratus.

“Melihat kepada dasar tekanan inflasi, kami berhasrat untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi pada mesyuarat bulan Mac yang akan datang,” kata Lagarde kepada ahli parlimen di Parlimen Eropah.

Beliau menambah setelah kenaikan itu, bank pusat akan menilai laluan seterusnya untuk dasar monetari, mengulangi mesej yang disampaikan selepas menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada 2 Februari.

ECB akan menerbitkan ramalan ekonomi yang dikemas kini pada mesyuarat Mac ini, yang akan membantu bank pusat merumuskan laluan bagi dasar monetari.

Jika bank pusat meneruskan kenaikan setengah mata dalam kadar faedah, ia akan menjadi kenaikan keenam sejak Julaim, menjadikan jumlah peningkatan kadar faedah mencecah 3.5 peratus.

Kadar itu menghampiri tahap di mana penganalisis menganggapnya terhad, atau cukup tinggi yang akan memperlahankan penggunaan dan pelaburan sehingga mengurangkan tekanan ke atas harga.

“Mengekalkan kadar faedah pada paras yang terhad akan, dari semasa ke semasa, mengurangkan inflasi dengan melembapkan permintaan dan juga akan melindungi daripada risiko anjakan berterusan ke atas jangkaan inflasi,” kata Lagarde.

Keputusan kadar dasar akan bergantung kepada data dan mengikut pendekatan mesyuarat demi mesyuarat selepas Mac, tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *