linkedln

LinkedIn Buang Lebih 700 Kakitangan, Hentikan Permohonan Pekerjaan Di China

LinkedIn, rangkaian media sosial milik Microsoft yang memfokuskan kepada rangkaian pekerja profesional, berkata pada semalam bahawa ia akan mengurangkan 716 pekerjaan apabila permintaan merosot dan menutup permohonan pekerjaannya yang tertumpu di China.

Syarikat perkhidmatan sosial yang mempunyai 20,000 pekerja itu berjaya merekodkan peningkatan hasil setiap suku tahun pada tahun lepas.

Namun, ia tetap mengekori syarikat-syarikat teknologi utama lain termasuk syarikat induknya dalam memberhentikan pekerja berikutan prospek ekonomi global yang semakin lemah.

Menurut Layoffs.fyi, lebih daripada 270,000 pekerjaan teknologi di seluruh dunia telah dibuang dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Dalam surat kepada pekerja, Ketua Pegawai Eksekutif LinkedIn Ryan Roslansky berkata bahawa langkah untuk mengurangkan peranan dalam jualan, operasi dan pasukan sokongannya bertujuan untuk menyelaraskan operasi syarikat.

“Dengan permintaan pasaran dan pelanggan yang semakin naik dan turun serta keperluan melayani pasaran membangun dengan lebih berkesan, kami memperluaskan penggunaan vendor,” tulis Roslansky.

Jurucakap LinkedIn berkata bahawa vendor adalah “rakan kongsi luar” yang akan mengambil kerja baharu dan sedia ada.

Roslansky juga berkata dalam surat itu bahawa perubahan itu akan mewujudkan 250 pekerjaan baharu sementara pekerja yang terjejas oleh pemotongan akan layak untuk memohon jawatan tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *