Bitcoin berada pada kemuncak dua tahun pada hari Selasa, mencecah melebihi $68,600 dan mengintai paras tertinggi sepanjang masa yang pernah dicatatkan pada November 2021.
Kemasukan berterusan ke dalam mata wang kripto terbesar mengikut nilai pasaran itu telah mendorong peningkatan 50 peratus pada tahun ini.
Majoriti kenaikan Bitcoin berlaku dalam beberapa minggu lalu berikutan lonjakan aliran masuk ke dalam dana-dana bitcoin yang disenaraikan di AS.
Pada hari Selasa, ia berada pada AS$68,500 pada sesi pasaran Asia, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa AS$68,999.99 yang pernah direkodkan tiga tahun lalu.
Dana dagangan bursa spot bitcoin telah diluluskan di Amerika Syarikat awal tahun ini. Pelancaran mereka membuka jalan kepada pelabur-pelabur besar baharu dan telah mencetuskan kembali momentum sebagaimana tahun 2021.
“Ia adalah crypto mania 4.0, dan saya fikir jika kita terus melihat turun naik bon dan kadar yang agak rendah, ia boleh diteruskan,” kata Kyle Rodda, penganalisis pasaran kanan di Capital.com.
“Pasti ada sesuatu tingkah laku yang tidak rasional menjalar ke pasaran,” jelas beliau.
Menurut data LSEG, aliran bersih ke dalam 10 dana bitcoin spot AS terbesar mencecah AS$2.17 bilion dalam seminggu hingga 1 Mac, dengan lebih separuh daripada itu masuk ke dalam iShares Bitcoin Trust BlackRock,
“Keinginan untuk mendapatkan pendedahan kepada Bitcoin mencapai tahap yang tidak dapat dipuaskan. Langkah ke arah AS$80,000 bukan lagi mustahil,” kata Tony Sycamore, penganalisis pasaran di IG.