maersk

Maersk Akan Buang 3,500 Pekerja Berikutan Hasil, Keuntungan Merudum

Gergasi perkapalan Denmark, Maersk berkata bahawa mereka akan mengurangkan 3,500 pekerjaan apabila keuntungan bersih dan hasil menjunam pada suku ketiga disebabkan kejatuhan mendadak dalam kos pengangkutan.

Keuntungan bersih Maersk merosot kepada AS$521 juta (RM2.4 bilion) antara Julai dan September berbanding AS$8.9 bilion setahun sebelumnya.

“Industri kami menghadapi norma baharu dengan permintaan yang lemah, harga kembali sejajar ke tahap sejarah dan tekanan inflasi pada asas kos kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vincent Clerc.

Syarikat itu telah mula mengurangkan kos, mengurangkan tahap kakitangan daripada 110,000 pada awal 2023 “kepada sekitar 103,500 hari ini.”

“Maersk mempergiatkan langkah tersebut dan hari ini memperkenalkan rancangan untuk mengurangkan lagi tenaga kerja sebanyak 3,500 jawatan,” kata syarikat itu.

“Sehingga 2,500 akan dilaksanakan pada bulan-bulan akan datang dan selebihnya akan dilanjutkan ke 2024. Ini akan mengurangkan tenaga kerja global kepada di bawah 100,000 jawatan,” tambahnya.

Hasil pendapatan sepanjang tempoh tempoh tersebut juga turun kepada AS$12.1 bilion, berbanding AS$22.8 bilion setahun sebelumnya, terutamanya dalam perniagaan perkapalannya.

“Keputusan lautan telah mencapai titik pulang modal berikutan keadaan pasaran yang mencabar yang berterusan menyebabkan kos pengangkutan jauh lebih rendah berbanding kadar luar biasa tinggi pada 2022,” kata syarikat itu dalam laporan pendapatan suku tahunannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *