petrochina-petrol

PetroChina Beli Syarikat Pengecasan EV Potevio New Energy Co Ltd

PetroChina telah memperoleh 100 peratus syarikat pengecasan kenderaan elektrik (EV) Potevio New Energy Co Ltd.

Pelaburan rendah karbon terbaru oleh syarikat minyak dan gas terkemuka China itu dumumkan oleh China National Petroleum Corporation (CNPC) pada Jumaat.

Potevio New Energy yang ditubuhkan pada 2010 adalah antara syarikat milik kerajaan pertama China yang terlibat dalam pembinaan dan operasi rangkaian pengecasan EV.

Menurut CNPC, Potevio telah membangunkan 50,000 pusat pengecasan di lebih 50 bandar raya China pada akhir 2021.

PetroChina pada bulan lalu telah menubuhkan entiti baharu yang berpangkalan di bandar tenggara Putian di wilayah Fujian untuk menumpukan pada pelaburan dan pengendalian kemudahan pengecasan EV.

Setahun yang lalu, PetroChina menyertai kumpulan kereta terkemuka China SAIC Motor Corp dan firma bateri CATL dalam menubuhkan usaha sama untuk membekalkan bateri boleh tukar untuk EV.

Gergasi tenaga negara China itu sedang mengembangkan pelaburan mereka dalam perniagaan rendah karbon termasuk boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti elektrik sebagai sebahagian daripada matlamat negara untuk menjadi neutral karbon menjelang 2060.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *