bawang-mardi-e1707137068652

Malaysia Di Landasan Untuk Kurangkan Pergantungan Bawang Merah Import

Menteri Pertanian dan Sekuriti Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata negara berada di landasan yang betul untuk mengurangkan pergantungan kepada bawang merah import.

Ini susulan kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mengeluarkan tiga variasi bawang merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 tahun lalu, katanya.

“Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah ke arah penanaman berskala besar. Bersama-sama, kita boleh mencapai kejayaan!” katanya dalam catatan Facebook pada Sabtu lalu.

Semasa perutusan Tahun Baharu 2024, Mohamad Sabu berkata Kementerian Pertanian dan Sekuriti Makanan akan menumpukan usaha mengukuhkan industri bawang tahun ini.

Selaras dengan matlamat untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus, beliau berkata kementerian menyasarkan kawasan pertanian tahunan seluas 1,447 hektar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *