mida-zafrul-malaysia-e1678279532264

Malaysia Luluskan Pelaburan Berjumlah RM264.6b Pada 2022

Malaysia meluluskan pelaburan berjumlah RM264.6 bilion tahun lepas, kira-kira 14.5% lebih rendah berbanding 2021, umum Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, punca angka yang lebih rendah pada 2022 adalah disebabkan oleh dua pelaburan besar secara one-off daripada Intel Corp dan firma tenaga solar China Risen Energy Co Ltd yang dilakukan pada 2021.

Pelaburan RM264.6 bilion yang diluluskan untuk 2022 itu diterjemahkan kepada 4,454 projek, dengan 140,370 peluang pekerjaan akan diwujudkan.

China kekal sebagai penyumbang pelaburan asing paling besar sekitar 34%, katanya pada sidang media untuk mengumumkan prestasi pelaburan Malaysia 2022 di Kuala Lumpur.

“China adalah yang terbesar dan hampir dua kali ganda daripada AS. Jika anda melihat arah aliran, rakan dagangan utama untuk Malaysia dan (sumber) untuk FDI ialah AS dan China, dan kami telah melihatnya secara konsisten selama ini,” ujar beliau.

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama dengan RM154 bilion, diikuti oleh peningkatan RM84.3 bilion dalam sektor pembuatan dan RM26.3 bilion dalam sektor utama.

Pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 61.7% atau RM163.3 bilion, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 38.3% atau RM101.3 bilion.

China mendominasi pelaburan asing berjumlah RM55.4 bilion atau 33.9%, diikuti oleh AS (17.9%), Belanda (12.5%), Singapura (8.3%) dan Jepun (7%).

Tengku Zafrul berkata kerajaan yakin, namun berhati-hati ketika meninjau prestasi pelaburan bagi 2023 memandangkan kelembapan ekonomi global, yang memberi kesan kepada hampir semua ekonomi sedang pesat membangun.

“Memandangkan ekonomi global dijangka positif tetapi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya, pelaburan juga akan terjejas kerana ia bergantung kepada permintaan.

“Bagaimanapun, pelaburan berbeza dengan perdagangan, di mana pelaburan akan dibuat berdasarkan perancangan jangka panjang (jadi) apa yang penting ialah kembali kepada asas negara dari segi ekosistem yang kita ada, kumpulan bakat dan struktur. kita ada yang akan menjadi faktor utama,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *