mcdonald-empty-table-e1704106973521

McDonald’s Malaysia Saman Gerakan Boikot Israel Dengan Tuntutan Ganti Rugi RM6 juta

McDonald’s Malaysia telah menyaman pergerakan yang mempromosikan boikot terhadap Israel kerana “kenyataan palsu dan fitnah” yang dikatakan menjejaskan perniagaannya dengan tuntutan sebanyak RM6 juta.

Malaysia, dengan majoriti penduduknya muslim merupakan penyokong kuat kepada Palestin, dan sebgaimana negara-negara Islam yang lain, beberapa jenama makanan segera Barat telah menjadi sasaran kempen boikot ke atas serangan tentera Israel di Gaza.

Gerbang Alaf Restaurants (GAR), yang merupakan pemegang lesen McDonald’s di Malaysia, menyaman pergerakan Boikot, Pencairan dan Sekatan (BDS) Malaysia untuk beberapa siri siaran media sosial yang didakwa mengaitkan francais makanan segera itu, antara syarikat lain, dengan perang pembunahan beramai-ramai “Israel” terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Menurut writ saman bertarikh 19 Disember lalu, Gerbang Alaf Restaurants mendakwa BDS Malaysia menghasut orang ramai untuk memboikot McDonald’s Malaysia, yang membawa kepada kehilangan keuntungan dan pemberhentian pekerjaan, antara kerosakan lain berikutan penutupan dan waktu operasi yang dipendekkan.

McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman terhadap BDS Malaysia untuk melindungi “hak dan kepentingannya”, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas.

Sebagai tindak balas, BDS Malaysia berkata ia “menafikan” memfitnah syarikat makanan segera itu dan akan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Pergerakan BDS bertujuan untuk menamatkan sokongan antarabangsa terhadap “penindasan rakyat Palestin” Israel dan menekan Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *