meta-dublin

Meta Platforms Inc Buang 20 Peratus Pekerja Di Ibu Pejabat Ireland

Meta Platforms Inc dijangka mengurangkan kira-kira 490 pekerjaan di ibu pejabat antarabangsanya di Dublin, atau hampir 20 peratus daripada tenaga kerjanya di Ireland.

Pengurangan itu merupakan sebahagian daripada 10,000 pemberhentian seluruh dunia yang diumumkan pada Mac lalu, kata syarikat media sosial itu semalam.

Meta syarikat induk Facebook mula melaksanakan pusingan terakhir pemberhentian global pada hari Rabu lepas.

Kewangan, jualan, pemasaran, analitik, operasi dan kejuruteraan adalah antara peranan yang akan terjejas di Dublin, yang mana menempatkan 2,500 pekerja sepenuh masa.

Meta pada November lalu telah memberhentikan 320 pekerja di Ireland dalam pusingan awal pengurangan pekerja globalnya dan bilangan pemberhentian terakhir dalam pusingan ini akan tertakluk kepada perundingan kolektif.

Pemberhentian Meta menyusuli pertumbuhan pendapatan yang berkurangan selama berbulan-bulan di tengah-tengah inflasi yang tinggi dan berkurangnya momentum iklan digital e-dagang yang melonjak sepanjang pandemik.

Syarikat itu juga telah melaburkan berbilion dolar ke dalam unit Reality Lab berorientasikan metaverse, yang mengakibatkan kerugian AS$13.7 bilion pada 2022, dan projek untuk mengubah infrastrukturnya untuk menyokong kerja kecerdasan buatan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *