robinhood-stock

Permintaan Merosot, Robinhood Buang 7 Peratus Pekerja Tetap

Platform dagangan dan broker saham, Robinhood Markets berkata bahawa telah membuang sekitar tujuh peratus pekerja sepenuh masanya bertujuan mengimbangi kos di tengah-tengah permintaan yang perlahan untuk perkhidmatannya.

Syarikat yang berpangkalan di Menlo Park, California menambah bahawa dalam beberapa kes, kumpulan yang terlibat akan membuat perubahan berdasarkan jumlah, beban kerja dan faktor lain.

Robinhood memainkan peranan penting dalam kegilaan perdagangan runcit sepanjang tempoh pandemik, namun kos komoditi yang lebih tinggi telah menyebabkan permintaan semakin merosot.

Berita itu muncul seminggu selepas syarikat itu mengumumkan bahawa ia membeli firma teknologi kewangan X1 Inc sekitar AS$95 juta dalam bentuk tunai kerana ingin mencari aliran pendapatan baharu untuk mengatasi kelemahan dalam unit dagangan utamanya.

Robinhood pada tahun lalu telah mengumumkan dua siri pemberhentian kerja dan berkata bahawa ia akan mengubah struktur organisasinya untuk memacu disiplin kos yang lebih besar.

Pada suku terbaharunya, Robinhood melepasi anggaran hasil Wall Street, kerana kenaikan kadar faedah Federal Reserve telah meningkatkan faedah pendapatannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *