mynews

MyNews Catat Pemulihan, Namun Perlukan Tambahan Sehingga 500 Pekerja Baharu

MyNews mensasarkan pembukaan 50 kedai baharu bagi tahun kewangan 2023 (FY23), dengan 80 peratus kedai baharu diperuntukkan untuk CU dan selebihnya untuk kedai MyNews dan MyNews Supervalue.

Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Jade Tam menjangkakan perkembangan kedai CU akan menjadi perlahan berikutan skala ekonomi yang mencukupi untuk membantu kadar penggunaan pusat pemprosesan makanannya (FPC) dan keseluruhan capaian pelanggan telah dicapai.

“Tumpuan MyNews pada masa hadapan adalah untuk mengurangkan kadar pembaziran dalam kedai dan menambah baik campuran produknya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pengendali rangkaian runcit itu dijangka mencatatkan pemulihan pendapatan ke paras prapandemik secara beransur-ansur.

Walaupun jualan keseluruhan pada suku pertama 2023 dijangka lebih baik berbanding suku tahunan sebelumnya, namun menurut Tam, MyNews masih memerlukan tambahan 10 peratus hingga 15 peratus (300 hingga 500 pekerja) bagi membolehkannya beroperasi pada paras optimum.

Tam turut menyuarakan keyakinan bahawa pengguna akan cenderung untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjang pada tahun kewangan 2023 kerana tekanan inflasi ke atas pendapatan isi rumah akibat daripada perbelanjaan besar pada tahun kewangan 2022.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *