Netflix Raih 7.7 Juta Keahlian Baharu Dalam Tempoh Tiga Bulan

Netflix Raih 7.7 Juta Keahlian Baharu Dalam Tempoh Tiga Bulan

Syarikat penstriman Netflix gergasi AS semalam berkata ia menutup tirai tahun lalu dengan lebih 230 juta pelanggan seluruh dunia. Angka itu mengat

Syarikat penstriman Netflix gergasi AS semalam berkata ia menutup tirai tahun lalu dengan lebih 230 juta pelanggan seluruh dunia.

Angka itu mengatasi jangkaan penganalisis susulan rancangan Wednesday dan Harry & Meghan berjaya menarik lebih ramai penonton baharu.

“2022 adalah tahun yang sukar, dengan permulaan yang sukar tetapi penamat yang lebih cerah,” kata syarikat itu dalam surat yang mengumumkan pendapatan suku keempat yang memberangsangkan.

Netflix juga mengumumkan bahawa pengasas bersama Reed Hastings telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif setelah mengemudi syarikat selama dua dekad sehingga menyaksikan perkembangan daripada perkhidmatan DVD sewa kepada gergasi penstriman.

Hastings menyerahkan kawalan Netflix kepada dua sekutu lamanya, Ketua Pegawai Operasi Greg Peters dan Ted Sarandos yang telah dinamakan sebagai CEO bersama.

“Lembaga kami telah membincangkan perancangan penggantian sejak bertahun yang lalu” kata Hastings dalam catatan blog.

Beliau juga berkata jawatan baharu sebagai pengerusi eksekutif adalah selari dengan peranan yang sering diambil oleh pengasas gergasi teknologi seperti Jeff Bezos dari Amazon dan Bill Gates dari Microsoft.

Pertukaran ketua itu diumumkan apabila Netflix mencatatkan pelanggan tambahan yang melepasi jangkaan yang paling optimistik.

Gergasi penstriman itu melaporkan bahawa ia berjaya menarik 7.7 juta ahli baharu dalam tempoh tiga bulan, menjadikan keahlian Netflix di seluruh dunia kepada 230 juta orang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: