The Nomura company logo is seen on display at the U.K. headquarters of Nomura Asset Management Ltd, part of the Nomura Holdings Inc group in London, U.K., on Thursday, Sept.6, 2012. Nomura Holdings Inc. aims to derive almost half of its $1 billion in planned savings from Europe, where it will cut jobs for managing directors and back-office staff, two people with direct knowledge of the matter said. Photographer: Simon Dawson/Bloomberg

Nomura Naik Taraf Saham Malaysia Berikutan Pemotongan Kadar Faedah Fed

Nomura Global Markets Research telah menaik taraf saham Malaysia kepada ‘overweight’ daripada ‘neutral’, sebagai sebahagian daripada strategi mereka yang meramalkan bahawa jangkaan pemotongan kadar faedah AS yang akan mencetuskan lonjakan di pasaran negara-negara membangun.

Overweight merujuk kepada pandangan positif bahawa prestasi sesuatu saham atau pasaran dijangka mengatasi purata pasaran atau indeks rujukan dalam tempoh tertentu.

Faktor-faktor domestik yang menyokong pandangan positif ini termasuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh, peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), kecairan domestik yang mencukupi, serta pengukuhan ringgit.

Menurut Nomura, data Bloomber menunjukkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 untuk Malaysia adalah sebanyak 5.2%, yang melebihi anggaran konsensus 4.5%.

Selain itu, tema utama yang menyokong pasaran saham Malaysia termasuk peningkatan FDI hasil daripada perubahan rantaian bekalan global, serta pelaburan dalam infrastruktur pusat data awan dan kecerdasan buatan (AI) oleh syarikat-syarikat teknologi utama.

Walau bagaimanapun, Nomura menekankan risiko utama terhadap pandangan di atas adalah jika perkembangan dalam teknologi AI (kecerdasan buatan) menjadi perlahan atau kurang berkembang.

Hal ini berpotensi menjejaskan prestasi dan menurunkan nilai saham-saham di Malaysia yang berkaitan dengan AI atau pusat data, yang ketika ini sedang dalam kedudukan yang baik.

Akhirnya, Nomura menjangka kelemahan besar dolar AS di Asia dalam beberapa bulan akan datang, yang dijangka membantu pulangan pelabur berasaskan dolar AS.

Antara idea saham yang diketengahkan Nomura untuk Malaysia termasuk CIMB Group Holdings Bhd, Gamuda Bhd, dan Pentamaster Corp Bhd, berdasarkan potensi makro dan trajektori pertumbuhan masing-masing.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *