OpenAI mengumumkan perkongsian dengan akhbar harian Perancis Le Monde dan konglomerat Sepanyol Prisa Media, mengatakan ia berhasrat untuk membangunkan penggunaan alat kecerdasan buatan ChatGPT yang berkaitan dengan berita.
OpenAI akan dapat menggunakan kandungan daripada penerbitan Le Monde dan Prisa Media termasuk El Pais, Cinco Dias dan El Huffpost untuk melatih model yang memperkasakan kecerdasan buatannya, kata syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu.
“Dengan kerjasama Le Monde dan Prisa Media, matlamat kami adalah untuk membolehkan pengguna ChatGPT di seluruh dunia berhubung dengan berita dengan cara baharu yang interaktif dan berwawasan,” kata ketua pegawai operasi OpenAI, Brad Lightcap dalam catatan tersebut.
Dalam beberapa bulan akan datang, pengguna ChatGPT boleh mendapatkan ringkasan kandungan berita daripada penerbit bersama dengan pautan ke artikel asal, menurut OpenAI.
“Perkongsian dengan OpenAI ini membolehkan kami mengembangkan jangkauan kami dan mengekalkan komitmen kami untuk menyediakan berita berita yang tepat, disahkan, seimbang pada skala,” kata ketua eksekutif Le Monde, Louis Dreyfus dalam catatan itu.
Beliau menyifatkan Le Monde sebagai saluran berita terkemuka Perancis dengan 600,000 pelanggan dan lebih dua juta pengguna harian.
“Perkongsian kami dengan OpenAI adalah langkah strategik untuk memastikan penyebaran maklumat yang boleh dipercayai kepada pengguna AI, melindungi integriti kewartawanan dan aliran hasil kami dalam proses itu,” kata Dreyfus.