china-energy-crisis

Pelaburan Sektro Kuasa China Mungkin Lebih AS$13.7 trilion Menjelang 2060

Pelaburan China dalam sektor kuasa mungkin akan mencecah lebih 100 trilion yuan (AS$13.7 trilion) dari 2020 hingga 2060, lapor agensi berita rasmi Xinhua hari ini memetik gergasi utiliti State Grid Corp. of China.

Jangka masa pelaburan itu adalah sejajar dengan janji yang dilaungkan oleh Presiden Xi Jinping untuk China mencapai pelepasan sifar bersih gas rumah hijau termasuk karbon dioksida menjelang 2060.

Penyelidik berkata matlamat itu, jika tercapai, boleh mengekang kemungkinan pemanasan global sebanyak 0.2-0.3 Celsius abad ini.

Pada 2020 lalu, Xi juga berjanji untuk memastikan pelepasan CO2 China yang menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pelapasan dunia berada di paras tertinggi menjelang 2030.

“Aktiviti tenaga adalah sumber utama pelepasan karbon dioksida di China,” lapor Xinhua memetik kenyataan State Grid.

Bagi mencapai matlamat dwi-karbon, transformasi campuran penjanaan kuasa China kepada sumber bersih dan rendah karbon perlu meningkatkan kelajuan, kata State Grid.

Pada 2022, firma kuasa utama di China melabur sejumlah 1.25 trilion yuan, lapor Persatuan Perusahaan Pembinaan Kuasa Elektrik China.

Pelaburan dalam penjanaan tenaga solar pada 2022 melonjak 232.7 peratus kepada 286.6 bilion yuan.

China menyasarkan untuk mendapatkan kira-kira 33 peratus kuasa daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2025, meningkat daripada 28.8 peratus pada 2020, kata agensi perancangan negerinya tahun lepas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *