FILE PHOTO: Representations of cryptocurrencies Bitcoin, Ethereum, DogeCoin, Ripple, Litecoin are placed on PC motherboard in this illustration taken, June 29, 2021. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

Pelanggan Merayu Dikembalikan Wang Mereka Selepas Pemberi Pinjaman Kripto Muflis

Kehilangan aset, kehilangan wang simpanan, para pelabur yang terperangkap dalam krisis pemberi pinjaman kripto Celsius merayu untuk dikembalikan wang mereka.

Ratusan surat telah dikirimkan kepada hakim yang mengawasi kebankrapan syarikat berbilion dolar itu, sarat dengan kemarahan, rasa malu, terdesak dan penyesalan.

Celsius dan CEO-nya Alex Mashinsky sebelum ini mendakwa platform mereka sebagai tempat yang selamat untuk orang ramai mendepositkan mata wang kripto dengan pertukaran untuk faedah yang tinggi, sementara syarikat akan meminjamkan dan melabur deposit tersebut.

Tetapi apabila nilai mata wang kripto yang sangat tidak menentu menjunam, masalah yang dihadapi oleh syarikat itu semakin meningkat sehingga terpaksa membekukan pengeluaran pada pertengahan Jun.

Menurut pemfailan mahkamah awal bulan ini, Celcius kini berhutang AS$4.7 bilion kepada penggunanya dan penyelesaiannya masih tidak jelas.

Surat-surat yang disiarkan ke doket awam mahkamah secara dalam talian, telah datang dari seluruh dunia dan menceritakan kesan-kesan buruk apabila wang pengguna dibekukan.

Walaupun surat-surat itu berbeza-beza dalam tahap kepakaran mereka tentang dunia kripto, hampir kesemuanya bersepakat dengan satu perkara, iaitu terpedaya dengan dakwaan selamat CEO Celcius.

Kebanyakkan surat merujuk kepada platfrom berbual dalam talian AMA (Ask Mashinsky Anything) CEO sebagai kunci kepada keyakinan mereka terhadap beliau dan syarikat, yang memberi gambaran sebagai sebuah syarikat yang stabil sehingga beberapa hari sebelum ia membekukan dana pengguna.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *