Pemandu Singapura diminta bayar saman trafik sehingga RM2 juta

Rio Boestamam
1 Min Read

Selama tiga hari pada awal Oktober, seramai 241 pemandu asing telah ditahan di sempadan darat Singapura dan diarahkan membayar lebih S$619,000 (RM2 juta) dalam saman lalu lintas dan kenderaan yang tertunggak, lapor The Straits Times hari ini.

Operasi tersebut dijalankan oleh Polis Trafik Singapura dari 6 hingga 8 Oktober dengan kerjasama enam agensi kerajaan lain, termasuk Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan serta Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengesan pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas dan gagal menjelaskan saman mereka. Individu yang mempunyai saman trafik, parkir atau pencemaran kenderaan yang belum dibayar juga boleh dihalang daripada memasuki Singapura.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *