powell3

Pengerusi Fed Sedang Berusaha Seimbangkan Inflasi Dan Krisis Di Ukraine

Pengerusi Fed, Jerome Powell mencapai keseimbangan yang teliti sebelum Kongres pada minggu hadapan dalam usahanya untuk meyakinkan rakyat Amerika bahawa bank pusat dapat menghadapi inflasi yang tinggi berikutan perang di Ukraine mengeruhkan unjuran ekonomi.

Powell berkemungkinan akan menyokong isyarat baru-baru ini daripada rakan-rakannya bahawa Fed kekal di landasan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Mac.

Bagaiamanapun pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya itu telah menimbulkan satu ketidakpastian kerana konflik tersebut menyumbang kepada tekanan harga tambahan yang berisiko menurunkan permintaan.

Walaupun mengakui berlakunya risiko ketidaktentuan, ahli FOMC sejak konflik bermula telah mengurangkan nada untuk memperlambatkan kenaikan kadar faedah pada pertengahan Mac ini.

Data pada jumaat lalu menunjukkan tolok teknanan harga pilihan Fed melonjak 6.1% pada Januari berbanding setahun yang lalu, tiga kali gandar daripada sasaran 2% bank pusat dan tertinggi sejak 1982.

Pada 4 Mac hadapan, para penggubal dasar akan mendapatkan satu bukti penting mengenai perkembangan sektor pekerjaan bulan Februari.

Menurut tinjauan median Bloomberg, majikan AS berkemungkinan akan menambah 400,000 pekerjaan lagi, manakala purata pertumbuhan pendapatan setiap jam meningkat kepada 5.8% daripada tahun sebelumnya.

Presiden Fed pula akan memberi keterangan dihadapan penggubal undang-undang dewan rakyat, dan kemudian dihadapan Senator.

Penganalisis menjangkakan bahawa Powell akan berhati-hati, namun akan menyatakan kecenderungannya untuk menaikkan kadar berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat akibat kriris Rusia-Ukraine.

Sementara itu, para penggubal dasar dan pelabur global akan terus memerhatikan perkembangan di Ukraine dan potensinya untuk memperlahankan pemulihan yang telah pun tercabar oleh gelombangan Omicron.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *