dollar-usd-15-1

Peningkatan Mendadak Dolar Jejas Unjuran Pendapatan Syarikat Multinasional AS

Peningkatan mendadak dolar AS (USD) sejak awal tahun memberi kesan yang tidak jelas kepada syarikat multinasional Amerika.

Hal ini mendorong sesetengah daripada mereka membuat keputusan sama ada untuk melindung nilai atau menyusun semula aktiviti mereka di luar negara bagi mengelakkan kejatuhan.

Sebagai pengimport, peningkatan greenback berbanding euro, yen, pound merupakan satu kelebihan kerana mereka dapat membeli barangan pada harga yang lebih rendah.

Namun begitu, tidak bagi syarikat pengeksport kerana barangan yang dijual dalam dolar akan menjadi lebih mahal, sekali gus meningkatan risiko kehilangan pelanggan dan jualan merosot.

Tambahan pula, pengeksport juga akan kerugian sebahagian nilai mata wangnya apabila menukarkan pendapatan dalam mata wang asing kepada dolar.

Situasi ini telah menyebabkan sebahagian besar syarikat elah mengubah semula prospek pendapatan tahunannya selepas mengambil kira kadar pertukaran mata wang.

Di antaranya adalah Microsoft yang telah memperingatkan bahawa jualan suku tahunnya akan jatuh kepada AS$460 juta dengan keutungan bersih sebanyak AS$250 juta kesan daripada peningkatan dolar.

Adobe, Salesforce, Biogen dan Pfizer juga telah memberi amaran bahawa kenaikan pesat dolar akan memberi kesan yang lebih besar daripada yang dijangkakan ke atas pendapatan mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *