ringgit3

Ringgit Dijangka Stabil Menjelang Keputusan Dasar BNM Minggu Ini

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dalam satu kenyataan menyebutkan bahawa BNM berkemungkinan akan meningkatkan OPR berikutan peningkatan Indeks Harga Pengguna 2.8% pada bulan Mei.

“Oleh itu, kadar faedah sebenar telah masuk ke wilayah negatif dengan OPR semasa sebanyak 2%. Dalam hal ini, terdapat justifikasi untuk OPR dinaikkan lebih tinggi.

“Mungkin dengan OPR yang lebih tinggi pada minggu hadapan akan membantu menyokong ringgit,” katanya.

Pada minggu lalu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal menerusi pengambilan keuntungan serta nada hawkish Federal Reserve untuk terus menaikkan kadar faedah.

Namun pada minggu ini, ringgit dijangka stabil di sekitar paras semasa antara 4.40 dan 4.41 berbanding dolar AS minggu depan, dengan semua mata tertumpu pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6 Julai.

Hal ini kerana, BNM dilihat tidak perlu bertindak agresif dalam menaikkan kadar faedah apabila inflasi dapat diuruskan dengan subsidi dan kawalan harga.

Bagaimanapun, ringgit masih berpotensi melemah berhadapan dengan risiko pilihan raya yang mana kebiasaannya akan menyekat aliran masuk mata wang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *