European-Commission_flag_palace

Perbelanjaan Eropah Untuk Krisis Tenaga Cecah Hampir €800 bilion

Rang undang-undang (RUU) yang digubal oleh Eropah untuk melindungi isi rumah dan syarikat daripada kos tenaga yang melambung tinggi telah meningkat kepada hampir €800 bilion.

Bruegel, badan pemikir ekonomi yang berpangkalan di Brussels dalam tinjuan terbarunya menggesa supaya setiap anggota negara Eropah lebih bersasar dalam perbelanjaan mereka bagi menangani krisis tenaga.

Negara-negara kesatuan kini telah memperuntukkan sebanyak €681 bilion dalam perbelanjaan krisis tenaga, manakala Britain memperuntukkan €103 bilion dan Norway €8.1 bilion sejak September 2021, jelas Bruegel.

Peningkatan jumlah kepada €792 bilion berbanding €706 bilion dalam penilaian terakhir Bruegel pada November kebanyakannya didorong oleh pemotongan penghantara gas Rusia ke Eropah pada 2022.

Jerman mendahului carta perbelanjaan, memperuntukkan hampir €270 bilion, satu jumlah yang mengatasi 27 negara anggota yang lain.

Britain, Itali dan Perancis juga menjadi tiga yang teratas selepas Jerman, namun masing-masing membelanjakan kurang daripada €150 bilion.

Jika dilihat daripada asas per kapita, Luxembourg, Denmark dan Jerman merupakan pembelanja terbesar.

Perbelanjaan yang diperuntukkan oleh negara-negara untuk krisis tenaga kini berada dalam liga yang sama dengan dana pemulihan Covid-19 €750 bilion EU yang dipersetujui pada 2020.

Kemas kini perbelanjaan tenaga muncul ketika negara-negara luar sedang membahaskan cadangan EU untuk melonggarkan lagi peraturan bantuan negara bagi projek teknologi hijau dalam usaha mereka bersaing dengan subsidi di AS dan China.

Rancangan tersebut telah menimbulkan kebimbangan di beberapa ibu negara EU kerana ia akan menggalakkan lebih banyak bantuan negara sekali gus mengganggu pasaran dalaman blok itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *