btc-el-salvador

Persidangan Kripto El Salvador Dibayangi Kejatuhan Bitcoin

Persidangan bitcoin El Salvador yang telah lama ditunggu-tunggu, yang menjadi tumpuan pada tahun 2021 selepas negara kecil itu menjadi yang pertama di dunia yang mengguna pakai mata wang kripto sebagai tender yang sah, telah kehilangan kilauannya kali ini di tengah-tengah kemerosotan pasaran kripto.

Ketiadaan nama-nama besar dari dunia bitcoin serta kekosongan tempat duduk sangat jelas kelihatan di persidangan “Mengguna pakai Bitcoin: Sidang Kemuncak Kilat di El Salvador,” yang bermula pada hari Selasa dan berakhir semalam.

Seperti mata wang kripto lain, bitcoin jatuh secara mendadak sepanjang tahun apabila kenaikan kadar faedah Fed dan inflasi yang tinggi mendorong pelabur untuk menghindari aset-aset berisiko.

Bitcoin, mata wang kripto terbesar dan paling terkenal di dunia jatuh ke julat terendah selepas kejatuhan salah satu pertukaran kripto terbesar dunia FTX.

Setakat jam 11.50 pagi, BTC didagangkan sekitar AS$16,700, pada julat terendah sejak harga mula melepasi paras AS$16,000/BTC pada November 2020 yang lalu.

Bagaimanapun, sebahagian pelabur masih melihat kejatuhan ini hanya bersifat sementara.

Pertukaran kripto “Bitfinex akan menggandakan usahanya untuk membina bitcoin dan infrastruktur teknologi yang bebas, tidak dapat dihalang, berdaya tahan dan terbuka untuk El Salvador,” kata Paolo Ardoino, ketua pegawai teknologi firma itu.

Ifinex, induk Bitfinex, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan El Salvador untuk mencipta rangka kerja kawal selia aset dan sekuriti digital.

“El Salvador akan menjadi pusat kewangan dan teknologi di Amerika Tengah,” tambah Ardoino selepas bertemu dengan Presiden El Salvador Nayib Bukele.

Bukele, yang memperjuangkan penggunaan mata wang kripto sebagai tender sah di samping dolar AS, berkata di Twitter pada malam Rabu, “Kami membeli satu Bitcoin setiap hari mulai esok.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *