Pertemuan Biden, McCarthy Berakhir Tanpa Kesepakatan Mengenai Siling Hutang

Pertemuan Biden, McCarthy Berakhir Tanpa Kesepakatan Mengenai Siling Hutang

Presiden AS Joe Biden dan Speaker Dewan Rakyat Kevin McCarthy mengakhiri pertemuan hari ini tanpa sebarang persetujuan mengenai cara untuk menaikkan

Presiden AS Joe Biden dan Speaker Dewan Rakyat Kevin McCarthy mengakhiri pertemuan hari ini tanpa sebarang persetujuan mengenai cara untuk menaikkan siling hutang kerajaan AS$31.4 trilion.

Berbaki 10 hari lagi, Amerika Syarikat kini berisiko mengalami kegagalan membayar hutang sekali gus menenggelamkan ekononmi.

Biden dan pegawai tertinggi Republik di Kongres itu masih dalam kebuntuan untuk mencapai kata sepakat berikutan McCarthy menekan White House untuk bersetuju mengurangkan perbelanjaan yang dinilai oleh Biden sebagai terlalu ‘ekstrem’.

Kedua-dua belah pihak menekankan keperluan mendapatkan satu perjanjian bersama bagi mengelak daripada berlakunya kegagalan membayar hutang dan akan terus berbincang selepas pertemuan hari ini.

Para perunding White House dilaporkan akan kembali ke Capitol Hill pada malam ini bagi menyambung perbincangan.

“Kami mengulangi sekali lagi bahawa gagal membayar hutang tidak akan berlaku dan satu-satunya cara untuk bergerak ke hadapan adalah dengan niat baik ke arah perjanjian bersama,” kata Biden dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.

McCarthy memberitahu pemberita selepas lebih sejam berbincang dengan Biden bahawa perunding “akan berkumpul, bekerja sepanjang malam” untuk mencari titik persamaan.

“Saya percaya kita masih boleh mencapainya,” kata McCarthy walaupun beliau tidak bersedia untuk mempertimbangkan rancangan Biden bagi mengurangkan defisit dengan menaikkan cukai ke atas golongan kaya.

Demokrat dan Republikan mempunyai sehingga 1 Jun untuk meningkatkan had pinjaman kerajaan atau akan berlakunya kegagalan membayar hutang pertama dalam sejarah AS yang dilihat berisiko membawa ekonomi ke arah kemelesetan.

Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen pada turut memberi amaran tentang baki masa yang sedikit dan risiko untuk kerajaan gagal membayar pada 1 Jun hampir pasti jika siling hutang tidak dinaikkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: