powell-finger-tip

Powell: Pemotongan Kadar Faedah Tidak Mungkin Berlaku Pada Bulan Mac

Federal Reserve dalam undian semalam mengekalkan kadar faedah untuk pertemuan empat kali berturut-turut, sambil menunjukkan bahawa kadar akan bergerak ke arah pemotongan di masa hadapan, namun bukan sebelum bulan Mei.

Fed mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa ia mengekalkan kadar pinjaman penanda arasnya stabil pada paras tertinggi 23 tahun, antara 5.25 dan 5.50 peratus.

Bank pusat AS mempunyai dua mandat untuk mengekalkan kedua-dua inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.

Ketika ini, Fed lebih banyak memberi tumpuan pada tindakan-tindakan untuk mengekang inflasi, dengan sasaran jangka panjangnya sebanyak dua peratus.

Semalam, Fed berkata “risiko untuk mencapai matlamat pekerjaan dan inflasinya sedang bergerak ke keseimbangan yang lebih baik,” mencadangkan penekanan yang lebih besar terhadap pekerjaan pada masa hadapan.

Bagaimanapun, ia menambah bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang menetapkan kadar tidak mungkin mula memotong kadar faedah “sehingga ia memperoleh keyakinan yang lebih tinggi bahawa inflasi bergerak secara mampan” ke arah dua peratus.

“Kami percaya bahawa kadar dasar kami berkemungkinan berada di puncaknya untuk kitaran pengetatan ini,” kata Pengerusi Fed Jerome Powell kepada pemberita pada sidang akhbar selepas keputusan kadar itu.

Beliau menambah bahawa ‘hampir semua ahli lembaga’ dalam 19 orang FOMC memihak kepada pemotongan pada 2024, tetapi bukanlah pada mesyuarat Mac ini.

“Saya tidak fikir kemungkinan jawatankuasa akan mencapai tahap keyakinan menjelang mesyuarat Mac untuk mengenal pasti Mac sebagai masa untuk memotong,” kata beliau.

Kenyataan Powell “mengukuhkan pandangan lama kami bahawa Fed akan mula mengurangkan kadar pada bulan Mei,” tulis ketua ekonomi EY Gregory Daco dalam nota kepada pelabur.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *