mercedes-benz-shanghai-4

Putus Hubungan Ekonomi Dengan China “Tidak Masuk Akal” – CEO Mercedes Benz

Ketua eksekutif pembuat kereta mewah Mercedes-Benz, Tetapi dalam satu wawancara berkata memutuskan hubungan ekonomi dengan China adalah tidak realisitik dan meletakkan kebanyakkan industri Jerman dalam risiko.

Eropah kini dilihat cuba mengurangkan pergantungan kepada China setelah gangguan wabak dan krisis Ukraine menyerlahkan bahaya bergantung kepada satu-satu pembekal dominan dan kerapuhan rantaian bekalan.

Namun begitu, Ola Kaellenius berkata pemisahan dari China, ekonomi kedua terbesar dunia, “adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku untuk hampir semua industri di Jerman”.

“Pemain utama dalam ekonomi global, Eropah, AS dan China, saling berkait rapat sehingga pemisahan daripada China tidak masuk akal,” katanya.

Pembuat kereta Jerman bergantung pada pasaran kereta terbesar di dunia iaitu China dan Mercedes-Benz melihat Beijing Automotive Group Co Ltd dan Pengerusi Geely Li Shufu sebagai dua pemegang saham utamanya.

China menyumbang 18 peratus pendapatan dan 37 peratus jualan kereta di Mercedes-Benz pada 2022 dan Kaellenius meramalkan angka yang lebih tinggi pada masa akan datang.

“Angka jualan kami di China meningkat dan saya agak optimis bahawa kami juga akan berkembang tahun ini”, jelas Kaellenius.

“Pada tahun wabak korona, orang Cina yang lebih kaya khususnya membuat penjimatan yang luar biasa. Kuasa beli ini sepatutnya memberi manfaat kepada kita,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *