Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding Dolar AS susulan sentimen serantau yang meningkat

Boboi CTC
2 Min Read

Ringgit Malaysia ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen serantau yang semakin baik.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata sentimen perdagangan yang bertambah positif susulan perjanjian rangka kerja antara AS dan China. Tambahan rundingan berterusan dengan rakan dagang utama Asia yang telah membantu mengurangkan premium risiko di seluruh rantau ini.

“Perkembangan ini telah mencetuskan minat pelabur yang baharu terhadap pasaran sedang pesat membangun seperti Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Innes turut menjelaskan bahawa dengan kadar inflasi AS yang menunjukkan penurunan, jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah yang lebih agresif semakin meningkat. Ini terutamanya jika pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed) di bawah pentadbiran Donald Trump mengambil pendekatan dasar monetari yang lebih longgar (dovish).

Wakil dari China dan Amerika Syarikat dalam perbincangan perdagangan di Geneva.

“Perkara ini boleh memberi tekanan tambahan terhadap dolar AS, dan pengukuhan ringgit hari ini selari dengan prestasi mata wang serantau yang lain,” tambah beliau.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.2060/4.2130 berbanding dolar AS, lebih kukuh berbanding penutupan minggu lalu iaitu 4.2300/4.2355.

Ringgit turut mencatat prestasi lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama dunia serta mata wang serantau ASEAN.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9156/2.9206 daripada 2.9359/2.9399, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7597/5.7693 daripada 5.8141/5.8217, dan naik berbanding euro kepada 4.9290/4.9372 daripada 4.9597/4.9661 minggu lalu.

Ringgit juga mencatat kenaikan berbanding dolar Singapura kepada 3.2986/3.3034 daripada 3.3192/3.3240, meningkat berbanding baht Thai kepada 12.9356/12.9627 daripada 13.0254/13.0488, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259/259.5 daripada 260.9/261.4, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.46/7.48 daripada 7.47/7.49 sebelum ini.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *