Cristiano Ronaldo, salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang masa, telah mencipta pelbagai rekod di media sosial sejak pelancaran saluran YouTube-nya, ‘UR Cristiano’.
Pemain bola sepak Portugis itu kini menjadi selebriti terpantas di YouTube untuk mencapai 1 juta, 10 juta, dan 20 juta pengikut, dan setakat ini hampir mencapai 50 juta pengikut dengan hanya 21 video yang dimuat naik.
Menurut artikel penerbitan sukan terkenal dari Sepanyol, Marca, saluran YouTube Ronaldo menempatkannya di kedudukan teratas dalam perlumbaan untuk menjadi orang pertama yang melintasi angka 1 bilion pengikut di seluruh platform media sosial.
Selain YouTube, Ronaldo juga mempunyai pengikut yang ramai di Twitter (112.7 juta), Facebook (170 juta), dan Instagram (637 juta). Dengan lebih 45 juta pengikut di YouTube, jumlah keseluruhan pengikutnya di media sosial kini hampir mencecah satu bilion, satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang atlet.
Hingga kini, tiada selebriti di dunia yang telah mencapai 1 bilion pengikut jika semua platform media sosial digabungkan. Melihat kepada pertumbuhan pesat akaun YouTube Ronaldo, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum beliau melepasi angka tersebut.
Ronaldo bukan sahaja merupakan salah seorang atlet terkaya di dunia, tetapi dia juga menikmati pendapatan besar daripada kehadiran media sosialnya.
Menurut laporan dari Marca juga, Ronaldo telah memperoleh sekitar 100 juta USD dalam 72 jam pertama selepas melancarkan saluran YouTube-nya.
YouTube membayar sekitar AS$6 untuk setiap 1,000 tontonan. Sejak melancarkan salurannya, Ronaldo telah memuat naik 21 video (termasuk shorts) yang telah mengumpul sekitar 200 juta tontonan. Berdasarkan metrik YouTube semasa, seorang mampu mendapat antara AS$1,200 dan AS$6,000 bagi setiap satu juta tontonan.
Add a Comment