tata-india

Tata Group India Tandatangani Perjanjian Kilang Bateri EV Bernilai AS$1.6 bilion

Tata Group India menandatangani perjanjian garis panduan untuk membina kilang sel lithium-ion, dengan pelaburan kira-kira 130 bilion rupee (AS$1.58 bilion), sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk mencipta rantaian bekalan kenderaan elektriknya sendiri.

Berbanding dengan saiz penduduknya, pasaran kereta India adalah kecil dan Tata Motors mendominasi jualan kenderaan elektrik (EV), yang merangkumi hanya 1 peratus daripada jumlah jualan kereta India sekitar 3.8 juta tahun lepas.

Kenyataan bersama mengenai memorandum persefahaman, antara unit Tata Agratas Energy Storage Solutions dan kerajaan negeri barat Gujarat itu, menyebutkan bahawa operasi kilang yang berpangkalan di Sanand, utara Gujerat dijangka bermula dalam masa kurang daripada tiga tahun.

Kilang tersebut akan mempunyai kapasiti pengeluaran awal 20 Gigawatt jam (GWj), yang boleh digandakan dalam fasa kedua pengembangan, kata kenyataan itu.

“Kilang itu akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekosistem EV di Gujerat dan India,” jelas Vijay Nehra, seorang pegawai di kerajaan negeri Gujerat kepada media.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *