toyota-n-honda-factory

Taufan Semakin Hampir, Toyota, Nissan Gantung Pengeluaran Di Wilayah Barat Jepun

Toyota Motor Corp Jepun akan menangguhkan beberapa operasi syif petang di tiga kilang yang terletak di barat Jepun susulan taufan yang semakin hampir.

Toyota dalam satu kenyataan berkata akan menggantung pengeluaran bagi syif malam bermula hari Isnin jam 9 malam waktu Malaysia (1200 GMT).

Selain itu, Toyota turut membatalkan pengeluaran pada pagi hari Selasa di tiga kilang yang terletak di wilayah barat Fukuoka.

Gergasi pembuat kereta itu menjangkakan untuk menyambung semula pengeluaran bermula pada syif malam hari Selasa, katanya dalam satu pengumuman di laman web rasmi syarikat.

Begitu juga, anak syarikat Nissan Motor Corp dan Nissan Shatai Co di wilayah Fukuoka dijangka akan menggantung pengeluaran untuk malam hari Isnin dan pagi hari Selasa, kata jurucakap Nissan Motor.

Selain Jepun, beberapa perniagaan di Korea Selatan dibimbangi terjeas dan sedang mempertimbangkan penggantungan sementara operasi ketika taufan kuat Hinnamnor semakin menghampiri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *