UK Kurangkan Subsidi Tenaga Untuk Perniagaan Pada 2023/24

UK Kurangkan Subsidi Tenaga Untuk Perniagaan Pada 2023/24

Britain semalam mengumumkan rancangan untuk mengurangkan subsidi tenaga bagi perniagaan pada tahun kewangan akan datang sebanyak kira-kira 85 peratus

Britain semalam mengumumkan rancangan untuk mengurangkan subsidi tenaga bagi perniagaan pada tahun kewangan akan datang sebanyak kira-kira 85 peratus kepada £5.5 bilion, menyifatkan tahap sokongan semasa sebagai “mahal yang tidak lagi mampu diteruskan”.

Menurut tinjauan badan pemerhati bajet kerajaan pada November, program sokongan tenaga enam bulansemasa yang akan tamat pada akhir Mac ini diramalkan menelan kos £18.4 bilion.

“Keutamaan saya ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang mana masing-masing dihadapi oleh isi rumah dan perniagaan,” kata menteri kewangan Jeremy Hunt dalam satu kenyataan.

“Ini bermakna kami mengambil keputusan sukar untuk menurunkan inflasi sambil memberi sokongan sebanyak yang kami mampu kepada isi rumah dan perniagaan,” ujarnya.

Kementerian kewangan sedang mencari cara untuk mengurangkan pakej sokongan tenaga dalam usaha untuk menstabilkan kewangan awam negara selepas kegawatan politik dan ekonomi di bawah pentadbiran jangka pendek bekas Perdana Menteri Liz Truss.

Kerajaan berkata kebanyakan perniagaan akan menerima diskaun pada bil tenaga mereka sehingga 6.97 paun setiap megawatt jam (MWj) untuk gas dan 19.61 paun setiap MWj untuk elektrik antara April 2023 dan Mac 2024.

Ini adalah struktur yang berbeza dan kurang berbanding program bantuan semasa, di mana kerajaan menetapkan tarif perniagaan maksimum sebanyak 75 paun setiap MWj untuk gas dan 211 paun setiap MWj untuk elektrik, dan memberi pampasan kepada pembekal tenaga sekiranya kadar borong yang lebih tinggi.

Di bawah program baharu itu, perniagaan dan bukannya kerajaan perlu membayar kos tambahan jika harga tenaga melonjak.

Program baharu ini akan merangkumi sokongan tambahan untuk beberapa perniagaan intensif tenaga, kebanyakannya dalam sektor pembuatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: