ups-shipping

UPS Akan Kurangkan 12,000 Pekerjaan Seluruh Dunia

Gergasi logistik UPS berkata bahawa mereka akan mengurangkan sekitar 12,000 pekerja seluruh dunia, sejurus selepas mengeluarkan laporan pendapatan suku tahunan yang mengecewakan.

Dalam panggilan persidangan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carol Tome berkata syarikat itu sedang berusaha untuk “menjajarkan” sumbernya dengan keutamaan UPS, sambil menambah bahawa pemotongan itu akan menjimatkan kos sekitar AS$1 bilion tahun ini.

IPS mempunyai kira-kira 500,000 pekerja dan tga perempat daripada jumlah pengurangan itu dijangka berlaku pada separuh masa pertama.

TOme juga berkata bahawa pemberhentian itu menandakan perubahan dalam cara syarikat bekerja, kerana pekerjaan ini tidak dijangka akan kembali walaupun pendapatan perniagaan meningkat semula.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas UPS melaporkan bahawa pendapatan suku tahunannya hanya berada sekitar AS$24.9 bilion untuk suku keempat 2023, 7.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Angka tersebut juga jauh lebih rendah berbanding AS$25.4 bilion yang dijangkakan oleh kebanyakkan penganalisis.

Sepanjang setahun penuh, UPS melaporkan kejatuhan hasil sebanyak 9.3 peratus kepada AS$91 bilion.

“2023 adalah tahun yang unik dan sukar dan melalui semua itu kami tetap fokus untuk mengawal apa yang kami boleh kawal, kekal pada strategi dan mengukuhkan asas kami untuk pertumbuhan masa depan,” kata Tome dalam satu kenyataan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *