US-RETAIL-WALMART-OPENING

Walmart Sasar 65% Gudang Akan Berkhidmat Secara Automatik Menjelang 2026

Walmart Inc pada hari Selasa berkata ia menjangkakan kira-kira 65 peratus daripada gudangnya akan berkhidmat secara automatik menjelang akhir tahun fiskalnya 2026.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas syarikat mendedahkan rancangan untuk memberhentikan lebih 2,000 orang di kemudahan yang memenuhi pesanan dalam talian.

Gergasi runcit AS itu mengumumkan unjuran tersebut ditengah-tengah mesyuarat tahunannya di Tampa Florida susulan bertambanya pengendalian penghantaran pesanan dalam talian dari gedung-gedung mereka.

Selain itu, Walmart juga telah membuat pelaburan yang banyak dalam pengautomatan untuk mempercepatkan pemprosesan pesanan dikemudahan e-dagangnya.

Walaupun masih belum jelas sama ada langkah ini akan membawa kepada lebih banyak pemberhentian yang melibatkan 1.7 juta kakitangannya di AS serta 60,000 di luar negara, namun Walmart berkata langkah tersebut akan mengurangkan keperluan peranan pekerja bergaji rendah.

“Memandangkan perubahan dilaksanakan di seluruh perniagaan, salah satu hasilnya ialah peranan yang memerlukan kurang tenaga kerja fizikal tetapi mempunyai kadar gaji yang lebih tinggi,” kata peruncit yang berpangkalan di Bentonville itu dalam pemfailan kepada bursa.

“Dari semasa ke semasa, syarikat menjangkakan peningkatan daya pengeluaran setiap individu, disebabkan oleh pengautomatan itu,” tambahnya.

Kira-kira 55 peratus daripada pakej yang diproses melalui pusat pencapaiannya akan dipindahkan melalui kemudahan automatik menjelang Januari 2026, meningkatkan purata kos unit sebanyak kira-kira 20 peratus, kata syarikat itu.

“Peningkatan kecekapan ini bukan sahaja akan menyokong pengurusan inventori yang lebih baik, tetapi ia juga akan menyokong perniagaan e-dagang Walmart yang berkembang pesat,” tulis penganalisis Stephens Inc Ben Bienvenu dalam nota.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *