maybank-400-juta

Wanita Malaysia Terkejut Baki Akaun Bank Lebih RM400 Juta

Harapan seorang wanita Malaysia untuk menjadi jutawan segera musnah apabila wang lebih RM400 juta yang tertera pada baki akaun bank miliknya hanyalah disebabkan oleh gangguan daripada sistem bank.

Seorang pelanggan institusi perbankan Maybank, Hafidzah Abdullah terkejut apabila mendapati akaun simpanannya mempunyai lebih RM400 juta.

Hafidzah yang berkhidmat sebagai pengarah dan pengasas bersama Forum HR Malaysia, dilaporkan terkejut apabila mendapati jumlah akaun banknya mencecah ratusan juta.

Namun kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.

“Mesti ada yang fikir saya mendapat loteri? Itu tidak benar. Ia adalah gangguan sistem,” katanya dalam perkongsian di LinkIn miliknya.

“Mereka berkata wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” tulisnya.

“Saya terpaksa berdepan dengan gangguan perbankan selama tiga hari dalam tempoh pembayaran gaji dan saya menganggap perkara itu bukan situasi yang kelakar.

“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan memeriksa akaun bank (Maybank) sudah menjadi rutin harian saya,” kata Hafidzah.

Dalam ulasan pada siaran LinkedIn, Naib Presiden Eksekutif Maybank Shaikh Munir Ahmad, yang juga Ketua Pengurusan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, meminta Hafidzah memberikan nombor hubungannya, supaya pasukannya boleh membuat susulan.

Dalam kemas kini pada 1 Disember, Maybank memberitahu The Straits Times perkara itu telah diselesaikan dan memaklumkan bahawa tiada data pelanggan telah terjejas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *