1200 x 675 (MY) Manny Pacman - June 2024_6

XM Berganding Bahu dengan Legenda Tinju, Manny Pacquiao

Broker terkemuka, XM, dan legenda tinju, Manny Pacquiao, telah mengumumkan kolaborasi yang memberi tumpuan untuk menyediakan pendidikan kewangan percuma kepada masyarakat di Filipina, Malaysia dan seluruh dunia. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi XM untuk menginspirasikan pedagang seluruh dunia bersama petinju legenda ini. 

Dengan kerjaya yang gemilang selama lebih dari dua dekad, Manny Pacquiao telah menjadi sumber inspirasi bagi jutaan orang di seluruh dunia dengan pencapaiannya yang luar biasa. Keputusan XM untuk menjadi penaja Manny Pacquiao adalah sejajar dengan komitmen syarikat untuk kecemerlangan dan pertumbuhan berterusan. Bersama-sama, XM dan Manny Pacquiao berkongsi visi untuk memperkasakan individu untuk mencapai kegemilangan dan menggali potensi penuh mereka.

Selain membawa inspirasi melalui kerjasama dengan Manny Pacquiao, XM turut menekankan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan pengalaman lebih dari 13 tahun dan lebih dari 10 juta pelanggan di seluruh dunia, XM terus mengekalkan reputasi sebagai broker yang dipercayai dan diiktiraf dalam industri ini.

XM juga komited untuk membekalkan ilmu dagangan secara percuma kepada para pelanggannya seperti ruang e-Pendidikan, Idea Dagangan, Rumusan Pasaran, Analisis Terkini, Kalendar Ekonomi dan banyak lagi bagi membantu para pedagang meningkatkan potensi dagangan mereka. 

Dengan penajaan ini, XM berharap dapat memberikan manfaat kepada lebih banyak orang di seluruh dunia melalui pendidikan kewangan dan peluang perdagangan.

Ayulah Mulakan Perjalanan Dagangan Anda dengan Yakin Bersama XM 

#XM #XMMalaysia #MannyPacquiao #XMRiseToGreatness

Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *