xpeng-china-ev

Xpeng Beli Unit EV Didi Dengan Harga Lebih AS$740 juta

Gergasi kereta elektrik China XPeng berkata hari ini ia akan membeli anak syarikat EV platform ride-hailing Didi dengan harga lebih AS$740 juta dan melancarkan jenama kenderaan baharu.

Xpeng yang ditubuhkan di wilayah selatan Guangdong pada 2015 merupakan salah satu daripada puluhan syarikat pemula China yang muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ledakan EV dalam pasaran auto global terutama di China berlaku susulan subsidi pembelian yang banyak, didorong oleh firma seperti BYD, Nio serta XPeng.

Didi ialah aplikasi e-hailing kereta terkemuka di China tetapi juga mengendalikan anak syarikat merangka reka bentuk kenderaan elektrik.

Dalam pemfailan kepada Bursa Saham Hong Kong, Xpeng berkata ia telah mencapai perjanjian dengan Didi untuk membeli anak syarikat itu pada harga AS$744 juta.

Gergasi EV China itu juga akan bekerjasama dengan Didi untuk melancarkan jenama baharu kenderaan elektrik mulai tahun hadapan.

Pengumuman Xpeng ini disambut baik oleh pasaran berikutan berpotensi menghampuskan para pesaing daripada mendapat akses ke atas teknologi Didi.

Jenama Xpeng yang turut memasarkan beberapa produknya di Eropah telah menggaji kira-kira 14,400 orang pekerja dan mempunyai pejabat di Silicon Valley dan Amsterdam.

China, negara yang mempunyai pelepasan gas rumah hijau terbesar di dunia, menyasarkan majoriti jualan kereta menjadi elektrik dan hibrid menjelang 2035.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *