Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli semula saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui tawaran am sukarela (GO) telah mencetuskan kritikan pelbagai pihak. KWSP sebelum ini menjual saham MAHB pada harga sekitar RM6.74 sesaham tetapi membeli semula pada harga premium sekitar RM11 sesaham, mengakibatkan tambahan perbelanjaan sehingga RM696 juta. Kritikan utama, termasuk daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr.…
Ripple, penyedia infrastruktur aset digital terkemuka, telah menerima kelulusan prinsip daripada Dubai Financial Services Authority (DFSA) untuk melancarkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).Kelulusan ini membolehkan Ripple menawarkan perkhidmatan pembayaran yang lebih pantas dan kos efektif melalui penyelesaian Ripple Payments Direct (RPD).Langkah ini sejajar dengan usaha Ripple untuk meningkatkan kecekapan pembayaran dengan menyediakan laluan masuk dan keluar…
TikTok telah menghentikan operasinya di Amerika Syarikat mulai 19 Januari 2025, melibatkan 170 juta pengguna. Langkah ini berlaku susulan penguatkuasaan undang-undang yang mewajibkan platform tersebut memutuskan hubungan dengan syarikat induknya, ByteDance, atas kebimbangan keselamatan negara.Sebagai langkah penguatkuasaan, TikTok juga telah dikeluarkan daripada gedung aplikasi Apple dan Google, menjadikannya tidak tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna baharu. Selain TikTok, aplikasi lain…
Sembang Pedas dibawakan khas oleh MTrading! Sertai promosi MTrading Lunar Gold Rush sempena Tahun ...
Sembang Pedas dibawakan khas oleh MTrading! Sertai promosi MTrading Lunar Gold Rush sempena Tahun ...
2024 merupakan tahun kegemilangan untuk aktiviti perdagangan China. Tapi memang jelas kenaikan ketar...
Mesti ramai yang masih ingat logo setem Tahun Melawat Malaysia 2020. Kini kempen Tahun Melawat Malay...
Percaraya atau tidak, salah satu agensi yang menguruskan personaliti vtuber global, kini bernilai le...
Selamat tahun baru 2025! Untuk edisi kali ini, kami himpunkan perubahan-perubahan yang mula dikuatku...
Punya la power Datarbricks ni, sampai jurutera syarikat lain cakap diorang tak boleh buat kerja tanp...
Malaysia mula usaha nak dapatkan semula aset dan dana negara yang hilang melalui skandal 1MDB. Sebua...
TVCTC.fm membawakan anda siaran langsung segmen Peluang Kedua bersama Cikgu Harry dan Boboi CTC dari...
Negara jiran kita Thailand memang dibelenggu pergelutan kuasa politik oleh dua parti besar sekian la...
Filipina dan China bersetuju untuk mencari titik persamaan mengenai konflik perebutan kawasan di Laut China Selatan. Ini berlaku di dalam ketegangan berterusan berkaitan kehadiran kapal-kapal dari kedua-dua negara di kawasan pertikaian tersebut. Pertikaian di kawasan telah menimbulkan ketegangan dan hubungan antara kedua-dua negara berada pada tahap rendah. Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk memajukan kerjasama serta berjanji menyelesaikan isu-isu secara aman. 📷 : Reuters #EconomyExpress #News #Berita #LautChinaSelatan #China #Filipina
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti sebanyak RM415.5 juta terhadap lima pengeluar ayam utama di Malaysia. Penalti sebanyak RM1.5 juta turut dikenakan terhadap 15 syarikat atas penglibatan mereka dalam penipuan bidaan. Sehingga kini, MyCC terus menyiasat lebih 500 syarikat yang disyaki terlibat dalam penipuan bidaan berkaitan tender kerajaan bernilai RM2.3 bilion. Bagi memperkukuh operasi MyCC dalam membanteras aktiviti kartel, kerajaan telah memperuntukkan RM27 juta kepada suruhanjaya itu. 📷 : Bernama #EconomyExpress #News #Berita #KartelAyam #MyCC
Kontraktor yang bertanggungjawab membaik pulih sistem Aerotrain di KLIA masih belum memberikan tarikh pasti untuk pembukaan semula. Pada September tahun lalu, Menteri Pengangkutan pernah menyatakan bahawa sistem Aerotrain dijangka beroperasi semula menjelang 31 Januari tahun ini. Menurut Loke juga, sistem Aerotrain kini berada dalam fasa ujian. Proses ujian dimulakan dengan ujian dinamik, ujian penuh dan diakhiri dengan proses integrasi sistem. Kontrak baik pulih Aerotrain ditandatangani Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang), Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, dan IJMC-Pestech JV. #EconomyExpress #News #Berita #Aerotrain #KLIA #Transport
Menurut data kastam yang baru sahaja diterbitkan, eksport keseluruhan China pada 2024 adalah berjumlah 3.58 trilion USD. Manakala import keseluruhan pula berjumlah 2.59 trilion USD. Ini menjadikan jurang lebihan dagangan keseluruhan sebanyak 992.1 bilion USD. Jumlah tersebut merupakan rekod tertinggi dalam sejarah perdagangan negara China. Dengan dapatan tersebut, China kekal sebagai pedagang barangan terbesar di dunia. Aktiviti perdagangan yang aktif ini telah disertai oleh rakan dagangan utama di lebih 150 negara dan wilayah seluruh dunia. Namun, angka yang kukuh ini mungkin akan goyah setelah Trump mula melaksanakan tarif baharu ke atas barangan dari China kelak. #EconomyExpress #News #Berita #China #trade #us #trump
Anda mungkin perlu ucap selamat tinggal kepada keselesaan menjawab panggilan video di atas katil sambil berpura-pura sedang gigih bekerja. Ini kerana satu demi satu syarikat global mahu hentikan amalan tersebut. Baru-baru ini JPMorgan Chase telah mengarahkan semua kakitangan kembali ke pejabat. Bank tersebut mempunyai lebih 316,000 pekerja di seluruh dunia. Lima tahun selepas Covid-19 mengosongkan pejabat di seluruh dunia, para majikan kini berusaha untuk mengakhiri tempoh kerja hibrid. Amazon, syarikat beli-belah atas talian terkemuka di Amerika Syarikat juga telah mengikuti jejak langkah yang sama. Mereka kini mewajibkan pekerjanya kembali ke pejabat lima hari seminggu bermula minggu lepas. #EconomyExpress #News #Berita #WFH #workfromhome #jpmorgan #amazon
Zuckerberg baru-baru ini telah menuduh kerajaan Amerika Syarikat sebagai pendorong kepada penapisan maklumat. Beliau berikrar untuk membawa facebook dan meta kembali kepada prinsip asal kebebasan bersuara. Ini bukanlah kali pertama Zuckerberg membuat perubahan besar demi mengekalkan dominasinya dalam dunia media sosial. Selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2016, Facebook menerima kritikan hebat berkenaan penyebaran maklumat palsu. Situasi itu memaksa facebook dan meta untuk memperkenalkan program semakan fakta. #EconomyExpress #News #Berita #facebook #meta #zuckerberg #trump
Jadi ahli CTC.fm dan login untuk dapatkan diskaun 50% semasa checkout!
Log masuk ke akaun anda.