rusia-bank-note-coin

Import Minyak Rusia Oleh China Cecah Rekod Sejak Pencerobohan Ke Atas Ukraine

Import China bagi minyak Rusia bulan lepas mencecah paras tertinggi sejak pencerobohan Moscow pada Februari 2022 ke atas Ukraine.

Data rasmi kastam China menunjukkan perdagangan bersama Rusia mencecah rekod AS$190 bilion pada tahun lalu.

Pada bulan Mei, China telah mengimport sebanyak 9.71 juta tan minyak dari Rusia, meningkat daripada 5.4 juta tan pada Februari 2022 dan 6.3 juta pada bulan berikutnya.

Angka tersebut menunjukkan bahawa import minyak mentah Rusia oleh China sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine telah meningkat hampir dua kali ganda.

Ia sejajar dengan angka perdagangan yang dikeluarkan bulan ini yang menunjukkan bahawa perdagangan China dengan Rusia melonjak ke tahap yang tidak dilihat sejak Februari 2022.

Data juga menunjukkan perdagangan antara kedua-dua negara bulan lalu bernilai AS$20.5 bilion dengan import China dari Rusia bernilai AS$11.3 bilion.

Pada sidang kemuncak bulan Mac lalu, Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin berjanji untuk meningkatkan perdagangan kepada AS$200 bilion pada 2023.

Dan penghantaran tenaga Rusia ke China dijangka meningkat sebanyak 40 peratus tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak bulan lepas.

Beijing berkata mereka bersikap neutral dalam perang Ukraine, tetapi telah dikritik oleh negara-negara Barat kerana enggan mengutuk Moscow di samping menguatkan perkongsian strategik dengan Rusia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *