coinbase-zero-e1709270476581

Ralat Punca Baki Akaun Di Platform Kripto Coinbase Tiba-Tiba Menjadi Sifar

Platform dagangan mata wang kripto Coinbase melaporkan gangguan sistem dengan beberapa baki akaun pelanggan mereka memaparkan angka sifar, namun disahkan oleh Coinbase bahawa aset mereka masih ada.

Laman media sosial termasuk X pada hari ini dikejutkan oleh siaran puluhan akaun pengguna dengan tangkapan skrin yang kelihatan menunjukkan baki akaun Coinbase mereka telah jatuh kepada sifar.

“Kami sedar bahawa sesetengah pengguna mungkin melihat baki sifar di seluruh akaun Coinbase mereka dan mungkin mengalami ralat dalam membeli atau menjual,” jelas firma itu melalui e-mel kepada pihak midea.

Insiden tersebut berlaku pada hari yang sama ketika Bitcoin, mata wang digital paling terkenal dan paling berharga di dunia menembusi halangan simbolik AS$60,000 buat kali pertama sejak November 2021.

Berita mengenai insiden itu melanda saham Coinbase dengan teruk di Wall Street. Dalam kemas kini kemudian yang disiarkan di laman webnya, Coinbase berkata aktiviti di laman itu “mula” menjadi normal.

“Kami akan terus memantau sistem kami dan menyediakan kemas kini,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *