Amazon dan Walmart rancang keluarkan mata wang kripto mereka sendiri

Boboi CTC
2 Min Read

Mata Wang Kripto Syarikat Sendiri Bakal Jadi Trend Baharu?

Mata wang kripto khusus syarikat mungkin akan menjadi popular tidak lama lagi. Menurut laporan Wall Street Journal semalam, dua peruncit terbesar dunia (Amazon dan Walmart) sedang meneliti kemungkinan untuk mengeluarkan stablecoin mereka sendiri bagi kegunaan pelanggan di Amerika Syarikat ketika membuat pembayaran, menggantikan kad kredit atau debit.

Beberapa syarikat besar lain, termasuk Expedia dan beberapa syarikat penerbangan, turut mempertimbangkan langkah yang sama.

Amazon pernah mengejutkan dunia dengan pelancaran pasaraya runcit mereka sendiri yang tidak menggunakan kaunter pembayaran.

Kenapa stablecoin?

Stablecoin ialah mata wang kripto yang disandarkan kepada aset sebenar, seperti dolar AS. Ia membolehkan transaksi diproses dengan lebih pantas dan berpotensi menjimatkan berbilion dolar dalam bentuk yuran transaksi yang biasanya dibayar kepada syarikat kad kredit, bank, dan firma teknologi kewangan seperti Toast dan Square. Pada tahun 2023 sahaja, peniaga di AS (iaitu mana-mana perniagaan yang menjual barangan) membayar yuran transaksi sebanyak AS$172 bilion. Ia merupakan peningkatan hampir 50% berbanding sebelum pandemik, disebabkan pertambahan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

Institusi kewangan mula gusar

Saham syarikat-syarikat seperti Visa, Mastercard, American Express, Capital One, PayPal, dan Block dilaporkan merosot antara 2% hingga 6% semalam. Seorang penganalisis dari TD Cowen memberi amaran bahawa peralihan pengguna daripada pembayaran menggunakan kad kredit kepada mata wang kripto adalah “tidak dapat dielakkan dan membawa risiko” kepada syarikat seperti Visa dan Mastercard.

Mungkin berlaku lebih awal daripada jangkaan

Kongres AS dijangka akan mengundi seawal Isnin ini mengenai rang undang-undang yang dikenali sebagai GENIUS Act. Rang undang-undang ini akan menyediakan garis panduan kepada syarikat swasta untuk mengeluarkan stablecoin mereka sendiri.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *